Tuesday, 15 June 2021

Bahagia bukan milik kita.

"Hidup tak seindah mimpi yang boleh kita cipta sesuka hati realitinya sakit akan dirasa tika kita sedar dari mimpi itu."

"Malam tidak akan sempurna tanpa dirimu, malamku hanya berteman bantal dan selimut yang menghangatkan jasad ini."

"Memori semalam pengubat rinduku padamu, bait kata-katamu masih terngian dikuping telingaku menjadi semangatku untuk teruskan hidup."

"Biar jasadmu nun jauh disana namun hatiku sentiasa dekat denganmu walaupun ku tahu diri ini tidak lagi diingati."

"Inginku teriak pada laut, bulan dan bintang bahawa diri ini terlalu rindu padamu. Ku tahu kita akan pandang laut, bulan dan bintang yang sama begitu juga kurasa dirimu rindu padaku."

Ku tahu dirimu telah bahagia bersama insan tercinta dan ku tahu juga dirimu telah melupakan semua kenangan indah kita bersama dahulu. Tak mengapa kerna ku sedar diri ini hanyalah persinggahan buatmu. Bagiku bahagiamu adalah bahagia buatku.

Aku akan sentiasa doakan kebahagiaan buat dirimu supaya hati ini sabar dan tabah dengan ujian dari yang maha esa. Aku cuba berfikiran waras kerna cinta antara manusia hanyalah sementara dan cinta yang kekal abadi adalah cinta padaNya. Tapi apalah dayaku untuk melupakan dirimu yang pernah singgah dihati ini, andai diberi peluang aku tidak ingin mengenali dirimu jika luka yang terpaksa ku tanggung.

Sekarang aku berasa lebih tenang dapat lupakan dirimu walau memerlukan masa yang lama. Akan ku cuba padam satu per satu kenangan kita supaya aku boleh terukan hidupku yang dulu sewaktu belum mengenali dirimu. Andai kita berjumpa nanti ku harap kita tidak akan mengenali antara satu sama lain, biarlah kita dengan haluan masing-masing.




No comments:

Post a Comment