Cinta..satu ungkapan yang selalu bermain dibibir setiap insan, insan yang dalam belaian sang kekasih hanyut bersama angan-angan hidup bahagia dengan orang tersayang. Dalam cinta itulah matlamat kita untuk sehidup dan semati dengan pasangan kita melayari bahtera alam rumah tangga bersama. Siapa yang tak mahu dicintai itu bukan manusia tetapi robot, tipulah kan kalau ada diantara kita tidak pernah merasa disayangi dan dicintai kan?.
Rasa cinta pasti ada
Pada makhluk yang bernyawa
Sejak lama sampai kini
Tetap suci dan abadi
Takkan hilang selamanya
Sampai datang akhir masa
Takkan hilang selamanya
Sampai datang akhir masa
Renungkanlah...
Perasaan insan sama
Ingin nyinta dan dicinta
Bukan ciptaan manusia
Tapi takdir yang Kuasa
Janganlah engkau pungkiri
Segala yang Tuhan beri.
(Renungkanlah...by Dewi Yull)
Betapa besarnya kuasa cinta dalam hidup kita, tanpa cinta sepilah hidup bagai camar kesepian ditepian pantai tanpa teman bicara hanya desiran ombak memecah suasana. Hari ini kita kesorangan akan datang pasti ada yang sudi menemani hidup kita hingga akhir hayat. Tiap dari kita punya kisah cinta berbeza, ada yang manis ada yang pahit semua itu sudah menjadi lumrah manusia.
Penulisan ku kali ini bukan nak terangka nikmat bercinta tetapi aku ingin berkongsi sedikit tentang rasa yang ada dihatiku ini buat tatapan semua. Andai kisah ku ini sama dengan kisah hidup anda anggaplah ia kebetulan semata-mata. Aku pada awalnya tidak mengerti apa ltu cinta bahkan zaman persekolahanku tidak pernah dilamun cinta dan tak terlintas pun dihati ini untuk terjebak dalam cinta. Sampailah satu saat time tu aku di ipta ada insan yang telah mengetuk pintu hati ini dan berjaya membuat aku jatuh cinta padanya. Kami bercinta agak lama lebih kurang 5 tahun, tetapi hubungan cinta kami tidak berakhir dengan bahagia. Kami masing-masing telah berpisah dan dia menjalani hidup dengan pasangan lain. Aku masih tetap disini keseorangan tanpa dia, walaupon kami berlainan arah aku selalu doakan kebahagiaannya aku mahu dia bahagia tanpa aku.
Aku masih mencari hidupku tanpa mengharapkan cinta dari sesiapa pun. Cukuplah dengan apa yang aku miliki sekarang sudah memadai gembirakan hati ini walau untuk seketika. Aku tahu umurku tidak panjang, bila-bila masa sahaja tuhan akan ambil balik hak dia. Tanpa pengetahuan sesiapa pun aku hadapi sakit yang aku tanggung sekian lama ini. Bukan aku tidak mahu sesiapa tetapi aku tidak sanggup untuk susahkan dan kecewakan hati sesiapa lagi. Biarlah aku sendiri, jika tiada jodohku disini insyallah disana nanti akan ku temui jodohku yang sebenar.
Semoga doaku dikabulkan Allah,
Semoga orang yang aku sayang selalu dibawah lindungan Allah,
Semoga Allah mengampunkan segala khilafku selama hidup ini.
Aminn......