Tuesday, 15 June 2021

Bahagia bukan milik kita.

"Hidup tak seindah mimpi yang boleh kita cipta sesuka hati realitinya sakit akan dirasa tika kita sedar dari mimpi itu."

"Malam tidak akan sempurna tanpa dirimu, malamku hanya berteman bantal dan selimut yang menghangatkan jasad ini."

"Memori semalam pengubat rinduku padamu, bait kata-katamu masih terngian dikuping telingaku menjadi semangatku untuk teruskan hidup."

"Biar jasadmu nun jauh disana namun hatiku sentiasa dekat denganmu walaupun ku tahu diri ini tidak lagi diingati."

"Inginku teriak pada laut, bulan dan bintang bahawa diri ini terlalu rindu padamu. Ku tahu kita akan pandang laut, bulan dan bintang yang sama begitu juga kurasa dirimu rindu padaku."

Ku tahu dirimu telah bahagia bersama insan tercinta dan ku tahu juga dirimu telah melupakan semua kenangan indah kita bersama dahulu. Tak mengapa kerna ku sedar diri ini hanyalah persinggahan buatmu. Bagiku bahagiamu adalah bahagia buatku.

Aku akan sentiasa doakan kebahagiaan buat dirimu supaya hati ini sabar dan tabah dengan ujian dari yang maha esa. Aku cuba berfikiran waras kerna cinta antara manusia hanyalah sementara dan cinta yang kekal abadi adalah cinta padaNya. Tapi apalah dayaku untuk melupakan dirimu yang pernah singgah dihati ini, andai diberi peluang aku tidak ingin mengenali dirimu jika luka yang terpaksa ku tanggung.

Sekarang aku berasa lebih tenang dapat lupakan dirimu walau memerlukan masa yang lama. Akan ku cuba padam satu per satu kenangan kita supaya aku boleh terukan hidupku yang dulu sewaktu belum mengenali dirimu. Andai kita berjumpa nanti ku harap kita tidak akan mengenali antara satu sama lain, biarlah kita dengan haluan masing-masing.




Sunday, 26 November 2017

Cinta terasa ada

Cinta..satu ungkapan yang selalu bermain dibibir setiap insan, insan yang dalam belaian sang kekasih hanyut bersama angan-angan hidup bahagia dengan orang tersayang. Dalam cinta itulah matlamat kita untuk sehidup dan semati dengan pasangan kita melayari bahtera alam rumah tangga bersama. Siapa yang tak mahu dicintai itu bukan manusia tetapi robot, tipulah kan kalau ada diantara kita tidak pernah merasa disayangi dan dicintai kan?.

         Rasa cinta pasti ada
         Pada makhluk yang bernyawa
         Sejak lama sampai kini
         Tetap suci dan abadi

         Takkan hilang selamanya
         Sampai datang akhir masa
         Takkan hilang selamanya
         Sampai datang akhir masa
         Renungkanlah...

         Perasaan insan sama
         Ingin nyinta dan dicinta
         Bukan ciptaan manusia
         Tapi takdir yang Kuasa
         Janganlah engkau pungkiri
         Segala yang Tuhan beri.

         (Renungkanlah...by Dewi Yull)

Betapa besarnya kuasa cinta dalam hidup kita, tanpa cinta sepilah hidup bagai camar kesepian ditepian pantai tanpa teman bicara hanya desiran ombak memecah suasana. Hari ini kita kesorangan akan datang pasti ada yang sudi menemani hidup kita hingga akhir hayat. Tiap dari kita punya kisah cinta berbeza, ada yang manis ada yang pahit semua itu sudah menjadi lumrah manusia.

Penulisan ku kali ini bukan nak terangka nikmat bercinta tetapi aku ingin berkongsi sedikit tentang rasa yang ada dihatiku ini buat tatapan semua. Andai kisah ku ini sama dengan kisah hidup anda anggaplah ia kebetulan semata-mata. Aku pada awalnya tidak mengerti apa ltu cinta bahkan zaman persekolahanku tidak pernah dilamun cinta dan tak terlintas pun dihati ini untuk terjebak dalam cinta. Sampailah satu saat time tu aku di ipta ada insan yang telah mengetuk pintu hati ini dan berjaya membuat aku jatuh cinta padanya. Kami bercinta agak lama lebih kurang 5 tahun, tetapi hubungan cinta kami tidak berakhir dengan bahagia. Kami masing-masing telah berpisah dan dia menjalani hidup dengan pasangan lain. Aku masih tetap disini keseorangan tanpa dia, walaupon kami berlainan arah aku selalu doakan kebahagiaannya aku mahu dia bahagia tanpa aku.

Aku masih mencari hidupku tanpa mengharapkan cinta dari sesiapa pun. Cukuplah dengan apa yang aku miliki sekarang sudah memadai gembirakan hati ini walau untuk seketika. Aku tahu umurku tidak panjang, bila-bila masa sahaja tuhan akan ambil balik hak dia. Tanpa pengetahuan sesiapa pun aku hadapi sakit yang aku tanggung sekian lama ini. Bukan aku tidak mahu sesiapa tetapi aku tidak sanggup untuk susahkan dan kecewakan hati sesiapa lagi. Biarlah aku sendiri, jika tiada jodohku disini insyallah disana nanti akan ku temui jodohku yang sebenar.

Semoga doaku dikabulkan Allah,
Semoga orang yang aku sayang selalu dibawah lindungan Allah,
Semoga Allah mengampunkan segala khilafku selama hidup ini.
Aminn......

Sunday, 22 October 2017

Ajaibnya zikir " Ya Razzaq"

Dzikir agar Dimudahkan Rezeki Paling Mustajab

Adapun khasiat dan manfaat yang lainya. Selain dzikir supaya dimudahkan rezeki dan dilapangkan rezeki. Tentu terdapat khasiat lain yang sangat luarbiasa sekali seperti dzikir agar pikiran menjadi cerdas. Sehingga anda akan memiliki kecerdasan dalam berfikir dan hati akan menjadi terang.

Seperti yang telah kita ketahui bahwa banyak orang yang telah mendapatkan khasiat dari dzikir Ya Rozzaq ini. karena mereka menyakini dan mempercayai tentang khasiat dan kekuatan dari asma Allah. jika Allah berkehendak maka akan dikabulkan maksud dan tujuan anda.

Lantas bagaimana cara mewiridkan doa dzikir asma (Ya Rozak) untuk melapangkan rezeki ? Adapun caranya sebagai berikut.

AR ROZZAQ (Maha Pemberi Rezeki)

Bacaan doa wirid :

Ya Razzaq Ya Razzaq Ya Razzaq Ya Razzaq
Ya Razzaq Ya Razzaq Ya Razzaq Ya Razzaq
Ya Razzaq Ya Razzaq Ya Razzaq Ya Razzaq
Ya Razzaq Ya Razzaq Ya Razzaq Ya Razzaq
Ya Razzaq Ya Razzaq Ya Razzaq Ya Razzaq
Ya Razzaq Ya Razzaq Ya Razzaq Ya Razzaq
Ya Razzaq Ya Razzaq Ya Razzaq Ya Razzaq
Ya Razzaq Ya Razzaq Ya Razzaq Ya Razzaq
Ya Razzaq Ya Razzaq Ya Razzaq Ya Razzaq
Ya Razzaq Ya Razzaq Ya Razzaq Ya Razzaq
Ya Razzaq Ya Razzaq Ya Razzaq Ya Razzaq
Ya Razzaq Ya Razzaq Ya Razzaq Ya Razzaq
Ya Razzaq Ya Razzaq . . . Dan Seterusnya.

Cara mengamalkan :

Lafal ini memiliki khasiat serta faidah yang sangat hebat dan besar sekal. Maka barang siapa yang mau untuk mengamalkan serta menyakininya. Adapun khasiat seperti dibawah ini :

Sebelum ingin shalat shubuh, maka berdirilah dimulai diarah sebelah kanan dalam rumah anda menghadap kiblat bacalah Ya Razzaq 10 kali. Lalu dilanjutkan berpindah tempat disebelah kiri dalam rumah anda menghadap kiblat baca Ya Razzaq 10 kali. Lalu dilanjut lagi berdiri maju kedepan baca Ya Razzaq 10 kali. Dan yang terakhir mundur kebelakang berdiri menghadap kiblat baca Ya Razzaq 10 kali. Apabila anda selalu melakukan tata cara diatas sebelum melakukan shalat shubuh. Maka niscaya anda akan merasa sangat kagum serta heran dengan izin Allah SWT. Sebab dengan mengamalkan doa dzikir Ya Razzaq seperti tata cara diatas secara rutin (istiqomah). Rezeki akan datang tidak disangka-sangka serta tidak terduga oleh anda. maka silahkan anda mebutikan dan percayalah kepada diri anda dan yakinlah dengan Asma Allah ini.

Asma Allah Ar Rozzak merupakan dzikirnya Malaikat Mikail as. Maka seseorang bersedia selalu mewiridkan doa dzikir Ya Razzaq setiap hari sebanyak-banyaknya. Niscaya akan dimudahkan minum dan makan oleh Allah, begitu juga rezeki yang mudah kita dapat.

Barang siapa yang menulisnya pada cincin lalu mengasmainya Ya Razzaq. Lalu kemudian selalu membaca pada malam Nisfu sya’ban. Maka Niscaya pada tahun itu akan dikaruniai rezeki melimpah.

Khasiat lain membaca Ya Razzaq :

Apabila kita menginginkan hati kita menjadi terang serta agar pikiran kita menjadi cerdas dalam berfikir maka selalu sebelum anda ingin makan bacalah Ya Razzaq sebanyak minimal 20 kali sebelum sarapan makan pagi dan sore hari. Maka insyaAllah fikiran kita akan lebih cerdas dan hati kita menjadi terang berkat izin Allah.
Barang siapa yang kekal selalu membaca Ya Razzaq setiap hari minimal 308 kali. Maka insyaAllah akan ditunaikan hajatnya.

Itulah pembahasan kami tentang khasiat atau manfaat dari amalan dzikir (Ya Razzaq) sekarang ini. semoga amalan dzikir diatas dapat bermanfaat bagi para pembaca. Sebenarnya amalan doa dzikir ini juga dapat agar cepat untuk melunasi hutang anda. karena rezeki anda akan mengalir sehingga anda cepat melunasi hutang anda dengan izin Allah. Amin. Demikian mengenai Dzikir agar dimudahkan rezeki.


Wednesday, 28 September 2016

Amalan hari jumaat (al-khafi)



Berikut 3 di antara kelebihan membaca surah Al-Kahfi di hari Jumaat:

1. Dipancarkan cahaya pada dirinya di hari kiamat kelak, dari kaki hingga ke langit

مَنْ َقَرَأَ سُوْرَةَ الْكَهْفِ لَيْلَةَ الْجُمْعَةِ أَضَاءَ لَهُ مِنَ النُّوْرِ فِيْمَا بَيْنَهُ وَبَيْنَ الْبَيْتِ الْعَتِيْقِ
"Barangsiapa membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, maka akan dipancarkan cahaya untuknya di antara dua Jumaat." (HR. Al-Hakim dan Al-Baihaqi, disahihkan Al-Albani)

2. Diampuni dosanya antara dua Jumaat

مَنْ قَرَأَ سُوْرَةَ الْكَهْفِ فِي يَوْمِ الْجُمْعَةِ سَطَعَ لَهُ نُوْرٌ مِنْ تَحْتِ قَدَمِهِ إِلَى عَنَانِ السَّمَاءَ يُضِيْءُ لَهُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ وَغُفِرَ لَهُ مَا بَيْنَ الْجُمْعَتَيْنِ
“Siapa yang membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, maka akan memancar cahaya dari bawah kakinya sampai ke langit, akan meneranginya kelak pada hari kiamat, dan diampuni dosanya antara dua jumaat.” (Hadis riwayat Ibnu Umar dalam at-Targhib wa al- Tarhib)

3. Diselamatkan dari fitnah Dajjal

Imam Muslim meriwayatkan dari hadis al-Nawas bin Sam’an yang cukup panjang, yang di dalam riwayat tersebut Rasulullah saw bersabda,
“Maka barangsiapa di antara kamu yang mendapatinya (mendapati zaman Dajjal) hendaknya ia membacakan atasnya ayat-ayat permulaan surah al-Kahfi.”

“Barangsiapa yang membaca sepuluh ayat dari permulaan surah Al-Kahfi, maka ia dilindungi dari Dajjal.” (HR. Muslim)

Imam Nawawi berkata,
“Sebabnya, kerana pada awal-awal surah al-Kahfi itu tedapat atau berisi keajaiban-keajaiban dan tanda-tanda kebesaran Allah. Maka orang yang merenungkan tidak akan tertipu dengan fitnah Dajjal."
Demikian juga pada akhirnya, yaitu firman Allah:
“Maka apakah orang-orang kafir menyangka bahwa mereka (dapat) mengambil hamba-hamba-Ku menjadi penolong selain Aku? . . .” (Al-Kahfi: 102)

Demikian 3 kelebihan membaca surah Al-Kahfi di hari Jumaat, semoga semakin memotivasi kita untuk mengamalkannya. Dari penjelasan-penjelasan di atas, sudah sepantasnya bagi setiap muslim untuk memiliki kemahuan keras untuk membaca surah Al-Kahfi dan menghafalnya serta mengulang-ulangnya.

Monday, 26 September 2016

Kelebihan dan Khasiat Surah At Taubah Ayat 128-129


Terjemahannya:

Sesungguhnya telah datang kepada kamu seorang Rasul dari golongan kamu sendiri (iaitu Nabi Muhammad Shallallahu 'Alaihi Wasallam), yang menjadi sangat berat kepadanya sebarang kesusahan yang ditanggung oleh kamu, (dan) ia pula menumpahkan perasaan belas serta kasih sayangnya kepada orang-orang yang beriman. Kemudian jika mereka berpaling ingkar, maka katakanlah (wahai Muhammad): "Cukuplah bagiku Allah (yang menolong dan memeliharaku), tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, kepada-Nya aku berserah diri, dan Dia lah yang mempunyai 'Arasy yang besar."

Fadhilat Ayat 128-129 Surah at-Taubah

1. Ayat ini boleh memanjangkan usia dengan izin Allah jika dibaca secara berulang-ulang kali.

2. Jika dibaca tujuh kali setiap hari maka ia boleh memudahkan urusan dunia dan akhirat.

3. Jika dibaca pada pagi, ia boleh menjauhkan ancaman untuk hari itu, begitu juga jika dibaca pada waktu petang, boleh menghindarkan ancaman pada waktu malamnya. Insya-Allah.

4. Ayat ini juga boleh menambah keteguhan iman seseorang itu kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala.


***Kebiasaannya ayat ini disebut sebagai ayat "lakad ja akum"..

Dikatakan bahawa barangsiapa yang membaca ayat ini sebanyak 7 kali setiap kali selesai solat fardhu, dengan izin Allah
- jika dia seorang yang lemah, maka akan menjadi kuat.
- jika dia seorang yang hina, maka akan menjadi seorang yang mulia.
- jika dia seorang yang kalah, maka akan segera mendapatkan pertolongan.
- jika dia seorang yang berkesempitan, maka akan mendapat kelapangan.
- jika dia seorang yang berhutang, maka akan segera dapat membayar.
- jika dia seorang yang berada dalam kesusahan, maka akan hilang kesusahannya.
- jika dia seorang yang sulit dalam penghidupan, maka akan segera mendapat kelapangan kehidupan.

Amalan ini biasa juga dimanai Do’a Harimau. Khadamnya ada 7 dan apabila di terawang  dengan mata bathin, si pengamal dikawal oleh 7 harimau dan jasadnya diselimuti oleh tujuh lapis dinding api. Amalan ini multi function & multi purpose. Cara mengamalnya, baca surah At-Taubah ayat 128 -129 sebanyak 7x kemudian lanjutkan dengan membaca Surah At-Taubah ayat 129 sebanyak 7x pada setiap seusai sholad fardhu terutamanya sesudah sholat fardhu Subuh dan sholat fardhu Maghrib.